Saturday 20 June 2009

WAHAI YANG DIPERTUA PAS KAWASAN

Tatkala Mursyidul Am PAS Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dicerca oleh Zainal Kling daripada Pusat pendididikan tersohor UPSI, yang terletak dalam Negeri Perak, kemana kah perginya 24 YDP kawasan yang tak dengar suara untuk membela Tok Guru.

Zainal Kling dalam kenyataan di dalam akhbar Sinar keluaran 19hb Jun 09 manyatakan Tok Guru munafik,kalau dia kata kat ana tak pa,ini Tok Guru Nik Aziz...tuan-tuan kenapa mendiamkan diri,sepatutnya beri suara bantahan kepada Zainal Kling ni supaya jangan biadap dan celupar mulut, ataupun minta UPSI tarik balik bangku Tun Ghafar Baba yang dipegangnya, kerana orang yang akhlak macam tu memburukkan imej UPSI .

YDP kawasan bukan sekadar untuk tujuan politik semata-mata tetapi mesti mentarbiyyah,mendidik bukan mengajar supaya ahli bertanggungjawab kepada pimpinan dan perjuangan Islam. Dalam zaman khalifah al Muktasim yang mendapat tahu seorang muslimat dihina oleh orang-orang Yahudi kerana tudungnya tersilak kerana terjatuh, lalu al Muktasim bangun dari tempat duduknya dengan berkata "wahai ibu tunggulah anak mu akan membela maruah mu" lalu al Muktasim mengarahkan tenteranya menyerang orang-orang Yahudi tersebut. Bagaimana kita? tak sensitifkah Tok Guru Nik Aziz dihina ,bersuaralah wahai sahabat-sahabat ku.

Saturday 13 June 2009

UMNO TERSENYUM BAKAR HUSIN PJ PAS PK

Ana diberitahu pimpinan UMNO Perak gembira Bakar Hussin dilantik sebagai PJ PAS Pk. Ahli yang lama berjuang terkejut diatas lantikan ini cuma pimpinan Pemuda PAS Pk yang baru setahun jagung dalam perjuangan yang beriya-iya beno menyokong perlantikan ini,maklum la penyapu baru.

Bakar Hussin ni bukan popular,gramai yang tak kenal dia, diantara sebab UMNO suka dia jadi PJ kerana:-
1.Tak da stand dalam perjuangan poklitik Islam,sikap dia boleh berubah pada bila-bila masa apatah lagi kalau kena ugut.
2.Masa menjadi ustaz sekolah kerajaan, takut sangat kena tukar ke Sabah atau Serawak,masa tu dia jadi YDP Gopeng
3.Bakar Hussin ni pernah tidak mengizinkan 7 ceramah pimpinan PAS Pusat di kawasan Gopeng walaupun polis bagi permit
4.Pernah menjadi pakar rujuk bagi menjatuhkan pimpinan PAS Ipoh Timur yang pertama yang juga pengasas PAS Kawasan Ipoh Timur
5.Yang tegrok sangat sikap dia berjuang takut dengan musuh Allah ,pejuang Islam bersikap takut kepada Allah dan berani dengan musuh Allah.

Ana harap Hassan KP Perak jangan cepat sangat truja nanti mudah kena tipu,macam kena tipu duit balak ustaz....

Wednesday 13 May 2009

19 JAM SELEPAS NIZAR DIUMUMKAN SEBAGAI MB

Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan YAB Dato' Seri Nizar sebagai MB Perak yang sah ,rakyat negeri Perak gembira kerana telah kembalinya pimpinan rakyat. Namun disebalik kegembiraan itu teman tertanya-tanya dimana setiausaha-setiausaha Nizar semasa menjadi MB dan kemana Dewan Harian PAS Perak berada. Adakah mereka bersama Nizar semasa dia menjadi MB saja. Mungkin mereka sibuk.

Keadaan ini menyebabkan Nizar mengulangi kesilapan yang sama dengan mengeluarkan kenyataan mengantung SUK Perak seperti dulu dia pecat Jamri Suri. Ada yang tak kena disini kerana dalam keletihan berhadapan mahkamah sepatutnya Nizar mempunyai satu pasukan penasihat yang disediakan oleh PAS Perak kerana Nizar dari PAS, ADUN PAS walaupun dia kata dia bukan MB PAS tapi MB Pakatan Rakyat namun PAS Perak mesti ambil perhatian kerana tugas Nizar ini adalah tugas dari PAS kerana PAS yang meletakkan dia sebagai calon PAS di Pasir Panjang. Oleh itu bantu Nizar ketika susah dan senang. Jangan hanya waktu senang ja..ngimpit rakyat dan ahli PAS tengok...dimana Dewan Harian PAS Perak berada. Mungkin sibuk jaga rumah besar,kereta besar