Wednesday 13 May 2009

19 JAM SELEPAS NIZAR DIUMUMKAN SEBAGAI MB

Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan YAB Dato' Seri Nizar sebagai MB Perak yang sah ,rakyat negeri Perak gembira kerana telah kembalinya pimpinan rakyat. Namun disebalik kegembiraan itu teman tertanya-tanya dimana setiausaha-setiausaha Nizar semasa menjadi MB dan kemana Dewan Harian PAS Perak berada. Adakah mereka bersama Nizar semasa dia menjadi MB saja. Mungkin mereka sibuk.

Keadaan ini menyebabkan Nizar mengulangi kesilapan yang sama dengan mengeluarkan kenyataan mengantung SUK Perak seperti dulu dia pecat Jamri Suri. Ada yang tak kena disini kerana dalam keletihan berhadapan mahkamah sepatutnya Nizar mempunyai satu pasukan penasihat yang disediakan oleh PAS Perak kerana Nizar dari PAS, ADUN PAS walaupun dia kata dia bukan MB PAS tapi MB Pakatan Rakyat namun PAS Perak mesti ambil perhatian kerana tugas Nizar ini adalah tugas dari PAS kerana PAS yang meletakkan dia sebagai calon PAS di Pasir Panjang. Oleh itu bantu Nizar ketika susah dan senang. Jangan hanya waktu senang ja..ngimpit rakyat dan ahli PAS tengok...dimana Dewan Harian PAS Perak berada. Mungkin sibuk jaga rumah besar,kereta besar

No comments:

Post a Comment