Saturday 20 June 2009

WAHAI YANG DIPERTUA PAS KAWASAN

Tatkala Mursyidul Am PAS Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dicerca oleh Zainal Kling daripada Pusat pendididikan tersohor UPSI, yang terletak dalam Negeri Perak, kemana kah perginya 24 YDP kawasan yang tak dengar suara untuk membela Tok Guru.

Zainal Kling dalam kenyataan di dalam akhbar Sinar keluaran 19hb Jun 09 manyatakan Tok Guru munafik,kalau dia kata kat ana tak pa,ini Tok Guru Nik Aziz...tuan-tuan kenapa mendiamkan diri,sepatutnya beri suara bantahan kepada Zainal Kling ni supaya jangan biadap dan celupar mulut, ataupun minta UPSI tarik balik bangku Tun Ghafar Baba yang dipegangnya, kerana orang yang akhlak macam tu memburukkan imej UPSI .

YDP kawasan bukan sekadar untuk tujuan politik semata-mata tetapi mesti mentarbiyyah,mendidik bukan mengajar supaya ahli bertanggungjawab kepada pimpinan dan perjuangan Islam. Dalam zaman khalifah al Muktasim yang mendapat tahu seorang muslimat dihina oleh orang-orang Yahudi kerana tudungnya tersilak kerana terjatuh, lalu al Muktasim bangun dari tempat duduknya dengan berkata "wahai ibu tunggulah anak mu akan membela maruah mu" lalu al Muktasim mengarahkan tenteranya menyerang orang-orang Yahudi tersebut. Bagaimana kita? tak sensitifkah Tok Guru Nik Aziz dihina ,bersuaralah wahai sahabat-sahabat ku.

No comments:

Post a Comment